Bersama suka dan duka:

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Isteri tersayang YB. Datuk Haji Harman Haji Mohamad (YBhg. Datin Hajah Kamariah Sappal) kini sedang diberikan rawatan SMC Kota KInabalu, Sabah.

Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT semoga YBhg. Datin Hajah Kamariah Sappal diberikan kekuatan dan kesihatan agar bersama-sama berjuang bersama YB. Datuk Haji Harman Haji Mohamad membela nasib rakyat khususnya di DUN Sulabayan, Semporna.

Sesungguhnya ketulusan hati tuan-tuan dan puan-puan mendoakan kesihatan, kekuatan dan kesejahteraan YBhg. Datin Hajah Kamariah terlalu mahal untuk dibayar walau berapapun nilainya. Haya Allah SWT sahajalah yang mampu membalasnya... Amin Yaa Rabbal Alamiin.


Kelihatan gambar di atas adalah ketika YB. Datuk Haji Harman Haji Mohamad (ADUN Sulabayan) sempat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara YB. Datuk pada 03/02/2011 yang lalu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB. Datuk Seri Haji Nasir Tun. Dr. Hj. Sakaran bersama datin dan juga mantan DUN Bugaya YB. Datuk Haji Basali dan datin.