PILIHAN RAYA KE-12 (8 MAC 2008)  dua orang calon, Barisan Nasional (BN) diwakili oleh YB. Datuk Haji Harman Haji Mohammad, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwakili Haji Abdul Wahab Datuk Panglima Abdullah. Majoriti 4,501 undi adalah jumlah undi tertinggi dalam sejarah DUN Sulabayan yang telah dimenangi oleh YB. Datuk Haji Harman (BN).

(12 APRIL 2008) Di SK. Balimbang, Semporna merasmikan Seminar dan menyampaikan bantuan Makanan Tambahan dan peralatan sekolah daripada Yayasan Sabah.

(23 MEI 2008) Menghadiri bantuan Unjam-Unjam kepada nelayan-nelayan Semporna oleh Datuk Yahya Hussien diiringi oleh PKR Sulabayan (Haji Fadzil Sappal) dan CDO Sulabayan (Mohd Yakin Jalling).

(07 JUN 2008) Meninjau keseluruhan pulau-pulau di Kepulauan Bum-Bum dalam Kawasan Sulabayan bersama PKR dan CDO khususnya di pulau Pom-Pom berkenaan dengan aktiviti Sulingan Air yang bernilai RM 350,000.00.

(16 SEPTEMBER 2008) Menyampaikan sumbangan Wang Zakat di Masjidul Rahman, Semporna.

(24 DISEMBER 2008) Menyampaikan Bantuan Makanan Tambahan Jabatan KEMAS Semporna.

(31 JANUARI 2009) Menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sulabayan dan juga di Kampung Hampalan, Semporna.

(10 FEBRUARI 2009) Program JPN Bersama Rakyat di SMK Bum-Bum-Semporna bagi memproses kad pengenalan/surat beranak mendapat sambutan yang sangat baik dari masyarakat Semporna turut dihadiri oleh YB. Datuk Haji Harman. Jabatan Pendaftaran Negara turut dibantu oleh UPKR Sulabayan yang diketuai oleh PKR (Haji Fadzil Sappal) dan CDO (Mohd Yakin Jalling).

(10 APRIL 2009) Meninjau pemasangan paip dan juga perkembangan pembinaan jalan raya bermula dari Kampung Balimbang sehinggalah ke Kampung Bum-Bum, Semporna. Pada sebelah petangnya bertemu masyarakat Kampung Omadal, Semporna untuk mendengar keluhan dan permasalahan penduduk tersebut.

(30 MEI 2009) Merasmikan Majlis Tahunan Hari Guru-Guru SAR/SAN Bahagian Tawau di Sea Fest Hotel, Semporna sambil menyeru agar setiap guru meningkatkan azam dan komitmen dalam soal mendidik anak bangsa.

(19 SEPTEMBER 2009) Bersama keluarga dan PKR Sulabayan (Haji Fadzil) membuat lawatan rasmi ke Hospital Daerah, Semporna dan menyampaikan sumbangan kepada setiap pesakit.

(21 SEPTEMBER 2009) Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada hari kedua turut mendapat kunjungan mesra Persatuan Perniagaan Cina Semporna di bawah kepimpinan Datuk Gan Saw Wah.

(02 NOVEMBER 2009) Pertemuan dengan pihak media di salah sebuah restoran di Kota Kinabalu dan telah berbual mesra dengan penulis mengenai perkembangan di DUN Sulabayan.

(16 DISEMBER 2009) Memberi taklimat mengenai perkembangan di Sabah khususnya di DUN Sulabayan di pejabat Duta Malaysia Yang Berbahagia Said Munsih Said Hassan.