Kepada semua pengguna internet yang budiman. Salam perkenalan daripada kami warga Sulabayan, Semporna. Semoga laman rasmi YB. Datuk Haji Harman Bin Haji Mohammad yang kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan Sulabayan sejak tahun 2008 lagi dapat menjelaskan dengan lebih saksama dan harmoni.

 

  

Laman Rasmi ini sebenarnya diwujudkan bagi menjelaskan segala permasalahan negatif yang sengaja digembar-gemburkan demi untuk memburuk-burukkan nama baik YB. Datuk Haji Harman selama menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan Sulabayan.

 

 

Pada pandangan kami, orang-orang tersebut sebenarnya tidak mengetahui akan ketelusan dan keikhlasan hati YB. Datuk Haji Harman dalam usaha untuk memakmur dan memajukan kawasan DUN Sulabayan. Ataupun juga mungkin orang-orang tersebut merupakan perwatakan gunting dalam lipatan yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menjejaskan reputasi politik YB. Datuk Haji Harman pada masa hadapan.

 

 

Bersamalah kita merealisasikan sebuah suasana kehidupan yang bebas daripada segala bentuk tohmahan negatif. Kerana persoalannya ialah..... Siapakah yang ditohmah...... Siapakah penyebar tohmah........ Jelas sekali adalah warga tempatan sendiri......... Sepatutnya bersatu-padu..... Bukannya bercakaran.

 

 

Selangkah kini kita melangkah di tahun baru 2011, bermakna masa kita semakin singkat. Maka marilah kita menyahut seruan AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR agar jatidiri kita lebih bermakna dan dihargai. Siapalah diri kita di sisiNya.

 

 

 

Wassalam................. Semoga ada hikmahnya....................